• 1000066410
1

Biblio Press

[BIBLIO PRESS] RAHSIA-RAHSIA PUASA IMAM AL GHAZALI

Regular price
RM 18.00
Sale price
RM 18.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | FM GLOBAL BOOKS
Worldwide shipping
Secure payments | FM GLOBAL BOOKS
Secure payments
Authentic products | FM GLOBAL BOOKS
Authentic products

(FMGB) Rahsia-rahsia Puasa Imam Al Ghazali

ISBN: 9789671897652

Penerbit: Biblio Press

Penulis: Imam Al Ghazali

Penterjemah : Muhammad Yusra Hulaimi

Tahun Terbitan: 2021

Muka Surat: 56 m/s

Halaman: Hitam Putih

Format: Paperback

Berat (kg): 0.063 kg

Dimensi (cm): 20cm x 13cm x 0.6CM

Sinopsis : Rahsia-rahsia Puasa Imam Al Ghazali

Puasa merupakan sebuah shariat yang telah ada bahkan sebelum zaman Nabi Muhammad s.a.w. Ia merupakan salah satu shariat yang diteruskan ke dalam agama Islam, sesuai dengan peranan agama ini sebagai penyungguh agama-agama terdahulu dalam hal yang benar (muṣaddiqan limā maʿakum).

(Surah al-Baqarah 2: 41).

Namun, Islam tidak hanya datang sebagai penerus shariat terdahulu, malah memperkayakannya lagi. Jika shariat para Nabi terdahulu – terutamanya nabi-nabi yang dilantik daripada keturunan Nabi Ishaq – lebih menekankan aspek amalannya, dan shariat Nabi Isa pula lebih mementingkan aspek keruhaniannya, maka shariat Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengimbang antara kedua-duanya.

Dan intisari aspek luaran dan dalaman yang terdapat dalam shariat Islam inilah yang dibahaskan oleh Ḥujjat al-Islām Abū Ḥāmid al-Ghazālī (wafat 1111 Masihi). Dalam Kitāb Asrār al-Ṣawm ini, beliau membahaskan aspek-aspek dalaman amalan puasa sebagai tangga untuk penyempurnaan jiwa (tazkiyatun nafs) dan usaha menghampirkan diri kepada Allah (muqārabatiLlāh). Dalam erti kata lain, beliau membahaskan aspek taṣawwuf bagi amalan puasa.

Puasa adalah sebuah ibadah yang mengandungi pelbagai hikmah dan keistimewaan tersendiri. Ia membolehkan seseorang untuk melatih diri, jiwa, dan nafsu. Dengan buku ini, semoga pembaca memperoleh intipati faedah berpuasa dan menyungguhkan hakikatnya sebagai penyucian diri.