• 1000066129
  • 1000066102
  • 1000066103
  • 1000066109
  • Al Quran Untuk Kita 2
  • Al Quran Untuk Kita 1
  • Al Quran Untuk Kita
1

Iman Publication

Al-Quran Untuk Kita oleh Muzuza

Regular price
RM 32.00
Sale price
RM 32.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | FM GLOBAL BOOKS
Worldwide shipping
Secure payments | FM GLOBAL BOOKS
Secure payments
Authentic products | FM GLOBAL BOOKS
Authentic products

(FMGB) Al-Quran Untuk Kita

ISBN: 9789672459729

Penerbit: Iman Publication

Penulis: Muzuza

Tahun Terbitan: 2023 

Muka Surat: 250

Format: Paperback

Berat (kg): 0.334

Dimensi (cm): 21 x 15cm x 1.5cm


Sinopsis : Al-Quran Untuk Kita

  Macam mana nak rasa dekat dengan al-Quran? Aku nak sangat faham al-Quran, tapi tak tahu nak mula dari mana.

  Sejak kecil, kita diajar yang al-Quran perlu dihormati dan dijaga, kerana kedudukan kalamullah ini sangat istimewa dalam hati setiap Muslim. Tidak cukup sekadar membaca, menjadi cita-cita tertinggi kita untuk dapat berinteraksi dengan ayat-ayatnya.

  Namun ramai berhenti mencuba apabila merasakan ilmu al-Quran terlalu tinggi. Mereka rasa tidak mampu, bahkan rasa tidak layak untuk memahaminya.

 Jadi bagaimanakah caranya untuk mendekati al-Quran? Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

  Yang menjadikan al-Quran ini istimewa adalah apabila kita sedar bahawa ia petunjuk buat semua manusia-termasuk diri kita. Setiap daripada kita mampu mendekati dan memahaminya, setelah kita mengenali dan mencintainya.

  Melalui buku ini, penulis membawa kita menelusuri jalan untuk berkenalan semula, jatuh cinta, dan akhirnya tetap setia bersama al-Quran. Dengan penjelasan menyentuh jiwa, beliau meyakinkan kita bahawa al-Quran itu sememangnya untuk kita.